Others: ♥ ♥ ♥
Respect
Wahai rakyat jelata yang dikasihi beta . Pada hari ini , beta akan bercerita kepada kalian semua tentang
HORMAT .
Semalam ketika beta masih di sekolah hendak pulang ke mahligai beta , beta menunggu ayahnda datang menjemput beta di sebuah pondok yang tersergam indah dengan bunga bunga berwarna warni melilit dinding dinding pondok itu yang terletak di kawasan sekolah beta . Ketika itu , beta hanya berseorangan tanpa teman . Hanya kanak-kanak sekolah rendah memeriahkan suasana dan mengubat hati beta yang sedang lara (eh).
Tiba tiba , beta terlihat seorang pelajar sekolah rendah yang mencuba atau meminta atau cuba meminta pinjaman duit bernilai 20 sen dengan kawan kawannya . Beta perhatikan saja perlakuannya . Tiba tiba (tiba tiba lagi --") , dia pandang beta . Beta pandang dia . Kami saling bertukar pandangan . Kemudian , dia datang mendekati beta dan bertanya kepada beta ,
Pelajar itu : Awok (awak) ada 20 sen , dok (tak)?
Beta bagai dipanah 1000 panahan sembilu ! Tersentap ! Terkezut tahap apabila beta melihat kucing beta bercakap bahasa manusia ! Walaupun perkara itu tidak pernah sekali pun berlaku ! Segala perasaan itu datang dengan drastik wa mendadak apabila mendengar perkataan 'awak' .Tidak tahukah dia bahwa beta ini siapa ? Keturunan parameswara ? Sesuka hati mak bapak hengkau jaa bercakap dengan beta 'saya awak'. Mahu disaman beta kah ?
Beta begitu kesal sekali dengan kanak kanak pada zaman sekarang . Tiada rasa hormatkah kepada insan yang lebih tua daripadanya ? Beta tidak sesekali mengharapkan dia melutut apabila berkata-kata dengan beta dan membahasakan dirinya 'tuan hamba' kerana rasa hormatnya . Sesungguhnya bukan itu yang beta kisahkan (kalau nak buat pun apa salahnya kan lulz) . Tetapi , sekurang-kurangnya , panggillah beta 'kakak' sebagai tanda hormat .
Di manakah perginya adab dengan insan yang lebih tua ?
Disini , beta berharap rakyat jelata yang dikasihi masih ingat adat istiadat orang Melayu kita tentang menghormati orang yang lebih tua walaupun hanya tua setahun .
Sampai disini sahajalah cerita beta pada hari ini . Jika ada masa , beta akan berkongsi lagi .
Sekian .
Something we thought it is small , but it's actually gigantic .
|