Status
never been so happy! Alhamdulillah for everything :)
//smileevenithurts.

Le owner

Welcomeee earthlingssss !


Stories Owner Linkies Unavailable



Dreams without efforts are waste of time.



Credits!

basecode: Paris
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: Nurul Atiqah
Others:   




Dissapointments

Pertama-tamanya, maafkan hamba kerana sudah lama tidak mengupdate blog kerana hamba teramatlah sibuk. Jadi, ampunkan hamba ya? 

Anywaysss, haaaaaaaaaaaaaiiii uolsss rinduw iolzz tark? Hikhik! Omg tiqah gedik gila haha okay sorry im so very excited that's why laa i'm like this pardon me kayss. 

Sedar tak sedar form 4 dah aku menengah atas dah rasa baru semalam masuk sekolah sebagai form 1 fuhh punya laa laju masa berlari. And sibuk dia pehh toksey ghoyak laa guane. Ambe pung dok reti nok kabo gane sebak busy sangak! Kalau form 4 pun dah busy cenggini, nanti bila dah u? Hmm i pun tak tau lerr.

Jadi form 4, senior ni, banyak tanggungjawab derr. Banyak nak kena adapt. Belajar pun kemain cikgu semua masing-masing mengajar macam kena kejar hantu. Laju gilaaa! Serious tak tipu! Then nak kena balance dengan aktiviti koku and jawatan yang kita sandang bukan senang. Plus, kerja dekat rumah lagi pheww semput den nak buat semua dalam satu masa. 

Okay okay dah meh cite pasal tajuk pulak. Kang intro je panjang isi satu pun tarak macam karangan bm gua kahkah. Beginilah, setakat ni, sepanjang 1 bulan 7 hari ni aku dah lalui 3 kekecewaan. And memang perit kat sini *tunjuk kat hati*. 

Yang first, time ada pemilihan ping pong untuk mewakili sekolah ke mssd. Yang ni, taklah kecewa sangat pun. Aku dapat terima la sebab aku bukan pandai mana pun jet jet pandai je hahaha tapi kecewa tu adalah seciput. The second one, haa yang ni paling perit and paling memalukan bagi aku. Ceritanya begini,

Aku kan macam cedeyh and keciwa tak dapat masuk ping pong so aku try laa masuk badminton pulak. And badminton ni memang aku harap sangat dapat masuk sebab aku memang minat badminton and alhamdulillah dapat. Training setiap hari sampai bengkak-bengkak otot sebab yelaa tetiba kena training gila-gila en tapi aku suka jee. Kalau boleh aku nak lebih daripada tu biarlah bengkak-bengkak pun asalkan aku dapat main dengan cemerlang, gemilang, terbilang and harumkan nama sekolah haa gitchew. Siap beli elbow protector laa sebab time tu memang sakit gila tangan so bila pakai tu tak terasa laa sekejap kesakitannya itu so it really helps a lot! Training punya training sampai laa last day training sebab esok dah tournament. Tetiba tengah training tu coach (uyoo coach) panggil. Ayatnya yang menusuk kalbu mengoyak raga berbunyi begini (coach tu oghe kelate),

"Saya ada sesuatu nak ghoyak ko awok ni. Saya harap awok okay la deh. Saya nak mintak maaf sangat sangat tapi pihak sekolah and mualim muallimah nok tukar pemain. Ni bukan saya suka-suka tapi semua mualim muallimah komplen jadi terpaksa laa. Sebab mssd ni bukan main main. Ni nak menaikkan nama sekolah kita. Jadi, saya mintak maaf sangat sangat deh"

Kalau korang kat tempat aku rasa cane? Acu ghoyak sikik. Mesti sedih en? Tapi malu tu lagi apa orang cakap, menebal? Apa-apa je laa but still yelaa last minute gilaaa kot nampak sangat laa aku ni tak pandai main en sampai sanggup tukar pemain at the very last moment. MashaAllah masa tu aku tak tau nak letak muka aku kat mana. Malu! So aku pun cakap elok-elok dengan coach aku tu boleh tak nak ada match dengan orang yang akan gantikan tempat aku tu atleast takdela rasa malu sangat kan and dengan harapan coach aku plus mualim and muallimah plus pihak sekolah boleh pertimbangkan samaada nak tukar pemain ke tak. So here's come my third disappointment. Time aku main tu, coach tu tak pandang pun. Langsung tak pandang. Padahal time tu aku sedaya upaya tunjuk segala skill and praktikkan segala yang aku dapat time training. Tengah-tengah main tu tiba-tiba suruh aku tukar dengan orang yang akan ganti aku tu. Time tu coach aku tu memang 100% focus tengok time dia main. Adil ke? Korang rasa?

But, thanks to these 3 disappointments, aku jadi lagi motivated untuk berusaha. Aku lagi semangat nak main badminton. Aku nak tunjuk yang aku ni tak seteruk yang diaorang sangka. And aku berazam, next time aku nak wakil sekolah dalam badminton and menang. Well, everything happens for a reason aye? Kalau aku tak kena macam ni, takdenya aku nak semangat sampai macam ni kan. So, korang yang mengalami kekecewaan macam aku jugak, jangan bagi kekecewaan tu menjatuhkan korang. Instead, jadikan kekecewaan tu sebagai batu loncatan untuk pergi lebih jauh hingga ke menara gading!! Tapi bila dah sampai ke menara gading jangan laa lupa pulak batu-batu loncatan yang tolong korang sampai dapat naik ke atas tu pulak yee.

Never, ever, ever give up on something you love.