Others: ♥ ♥ ♥
Words of Motivation
Halooo semua! Sorry laa kalau banyak bersin almaklumlah tuan punya blog busy cam hape sekarang ni so, maaflah ye heee. Actually, sekarang ni pun tengah busy sebab tengah musim exam and esok aku exam psi but.. Alaa biarlah dah rindu sangat kasi laa can sikit en en en.
Okay, tetiba aku ada inspirasi nak cakap pasal 'Words of Motivation' ni masa aku dalam toilet. Aku tak tahulaa kenapa asal dalam toilet macam macam idea datang. Asal datang idea datang jee dalam toilet. Sungguh, ku tak mengerti.
Okay so, aku nak cakapnya words of motivation or kata-kata semangat or kata-kata motivasi ni tak semestinya diucapkan dalam kata-kata yang macam "yeee! engko boleh buat punya! aku yakin engko boleh!" or "pandai awak masak! sedap cuma kena kurang gula sikit. manis sangat dah laa awak ni memang dah manis kang tak pasal-pasal saya obese pulak #pickuplines" dan sebagainya.
Tapi, kalau aku, biasanya abang-abang aku laa dia cakap camni tau kalau nak motivate aku kalau aku gemuk dia akan ngejek or lebih sedap nganjing "woii gendut datang gendut datang tepi sikit" or kalau aku kalah aku main game dengan dia "engko kalau dah loser tu selamanya laa loser" or kalau aku cuba nak rasa cantik dengan pakai cantik-cantik semua tu mesti ada akan cakap "kalau dah buruk tu buruk je laa". Hahahaha okay mungkin aku melebih sikit dalam mengdescribe tapi lebih kurang aa tapi takdelaa teruk sampai macam tuu. And ni masa zaman aku kecik-kecik dulu jee sekarang diaorang awesome gila nak mati okay! So jangan nak kutuk-kutuk abang aku karang aku kutuk kau lagi teruk bukan setakat kutuk je, aku siap ketuk lagi kepala hang biar sedar sikit sesedap je nak kutuk abang kita hmph!
Back to our main topic, okay mungkin macam agak kasar en and aku admit at first aku pun tak tahan dah yelaa asyik-asyik kena kacau je en tapi nak buat cemane aku sorang jee perempuan dalam family selain mak aku and aku pun jenis cepat melatah (masa kecik okay masa kecik sekarang ni dah matured hek hem), Lelaki mana je tak suka kacau perempuan yang suka melatah ni kann. Kan kan kannnn (so kalau taknak kena kacau dengan lelaki jangan cepat melatah buat lek buat cool buat tak tau je pesanan ikhlas daripada gadis yang berpengalaman lolz).
Okay okay sambung, tapi aku ni memang dari dulu jenis idk laa how to explain tapi aku bukan jenis pasrah la. Aku takkan pasrah je bila orang tu kutuk-kutuk or nganjing-nganjing aku. But in the same time aku tak laa melawan dengan kata-kata kutukan balik (sebab nanti aku kena lagi teruk) so aku berazam aku akan buat sesiapa yang kutuk,nganjing aku tu (in this case my brother la) one word, MALU.
Lek lek sabor sabor first thing korang akan fikir mesti.. balas dendam kan? Okay mungkin. Mungkin dendam. Tapi dendam cara aku dengan cara orang lain, lain tau! Cara aku balas dendam adalah dengan contohnya aku gemuk kan, aku akan usahakan jugak untuk jadi kurus. Tapi takdela sampai memudaratkan diri sendiri tapi aku akan paksa diri untuk exercise semua tu laa. Kalau aku kalah main game dengan dia, aku akan practice sampai aku hebat gila and kalahkan dia. Kalau dia kata aku buruk err dia kutuk ciptaan Allah! Astaghfirullahalazim and so on. Maksud aku by malu tu adalah aku akan buat dia malu laa sebab pernah nganjing aku dulu haa camtuu! Tulun jangan salah paham ye kawan kawan.
So bagi aku la, nak belas dendam boleh. Tapi jangan laa dengan cara kita menjatuhkan dia dengan khianat ke apa. Tapi dengan cara kita jadi better and tunjukkan kat diaorang kita bukan macam apa yang diaorang duk kutuk-kutuk or ejek apekebende semua tu. Show them what we gott! Now, that's the right way!
Bila fikir-fikir balik, kelakar pulak rupanya abang aku selalu menganjing aku masa kecik-kecik dulu sebab tak nak aku teraniaya. So sebelum aku teraniaya dorang aniaya aku dulu hahahahaha kwajo. Tapi, apa-apa pun aku kena berterima kasih dekat diaorang sebab diaorang laa aku jadi seorang yang sentiasa bersemangat waja dan tidak mudah jatuh! Aicewahh.
"Chopped water will not brake"-google translate
|